Pada
tahun 1911, sebuah kapal dagang telah berlabuh di pelabuhan Pengkalan Petah.
Anak-anak kapal berasal dari China, mereka mempunyai banyak alat perkakas untuk
menghasilkan makanan untuk anak-anak kapal termasuklah perkakas untuk membuat
laksa. Ketika berlabuh di pelabuhan berkenaan, Tok Mek Chu (salah seorang anak
kapal yang pandai membuat laksa) telah menjual laksa di pelabuhan berkenaan,
tapi malangnya perniagaannya merosot kerana beliau orang bukan Islam.
Kebanyakkan penduduk disekitar pelabuhan itu beragama Islam.
Pada
tarikh yang tidak diketahui, Tok Mek Chu telah menyerahkan alat perkakas
membuat laksa kepada Tok Siah, dan memberi tunjuk ajar kepada Tok Siah cara
membuat laksa dengan betul dengan menggunakan peralatan tradisional yang
berasal dari China seperti lesung kayu, kebuk tembaga,kawah,pengisar beras.
Peralatan ini digunakan sehingga jenerasi ke-3.
Pada
tahun 1986,(generasi ke-4) telah menggunakan peralatan elektrik dan menyimpan
peralatan tradisional yang digunakan oleh generasi terdahulu dengan baik
sehingga hari ini. Penggunaan peralatan elektrik pada ketika ini bagi
meningkatkan hasil pengeluaran untuk menampung permitaan yang semakin meningkat
kerana laksa sudah dikenali ramai dan ramai peniaga di sekitar kawasan Bachok
membelinya secara borong untuk diniagakan dipasar tani di sekitar Bachok.
Tambahan lagi, mesin yang digunakan sekarang terdiri daripada mesin pengisar
beras elektrik, mesin penguli tepung elektrik, kawah yang besar, dah kebuk
rekaan tersendiri.
Berbalik
kepada wujudnya perkataan Laksa Beris, pada awalnya perkataan itu diambil
kerana kilang Laksa Beris wujud di Tanah Beris dan sekarang sudah dikenali
ramai, malah penduduk yang menetap di Terengganu, Pahang juga turut mengenali
Laksa Beris kerana kualiti laksa masih di tahap yang terbaik.
Pada
tahun 2010, Laksa Beris telah diambil alih oleh generasi ke-5, beliau telah
menaik tarafkan dan memperbesarkan bangunan untuk pertambahan mesin bagi
menampung pemintaan yang semakin tinggi. Selain itu, jalan untuk masuk ke
kilang Laksa Beris telah diturap dengan rapi. Tambahan lagi, tempahan laksa dan
laksam di Laksa beris boleh dibuat melalui e-mel di laksaberis8969@yahoo.com.